Kelas STEM – Colourful Paper Spinner

25 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 1:30 petang sehingga 3:00 petang bertempat di bilik latihan NaDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta.

Untuk kelas STEM pada kali ini, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Colourful Paper Spinner. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki menonton sebuah video pendek tentang cara-cara membina Colourful Paper Spinner dengan menggunakan peralatan ringkas seperti kertas warna, gunting, gam dan lidi.
Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak NaDi Kg Jeriah. Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya membina Colourful Paper Spinner yang mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali